Task Force JPN

Pada hari ini semua sekolah menerima kunjungan JPN Kelantan. Rombongan ini disertai oleh pegawai-pegawai kanan JPN dan diiringi pegawai PPD Tumpat. Tujuan kunjungan ini ialah untuk mengesahkan pengurusan pentadbiran berada pada tahap yang tinggi bagi memastikan dasar pendidikan negara berada di landasan yang betul dan tepat.

By sabkmardziah Posted in buletin

Majlis Sambutan Hari Guru 2017

16 Mei, julung-julung kali majlis sambutan Hari Guru di adakan tepat pada tarikh 16 Mei di SMU(A) Mardziah Kubang Batang. Pada tahun ini majlis di adakan secara sederhana sahaja. Di antara aktiviti yang di adakan ialah tahlil dan doa kepada semua guru-guru terutama para alim ulamak, pembacaan perutusan Menteri Pendidikan Malaysia oleh Pengetua, perlawanan sukan futsal antara guru lelaki dengan pelajar lelaki, bola baling antara guru perempuan dengan pelajar perempuan, persembahan Dikir Barat oleh pelajar khas untuk guru-guru, nasyid pelajar, sukaneka untuk guru dan penyampaian hadiah pelajar kepada guru.